Selamat Datang ke Restoren Nelayan Gombak , kami menyediakan perkhidmatan Restoran dan Katering yang ekslusif dengan harga yang mampu milik dan berpatutan . Dengan pengalaman pengurusan yang baru Restoran Nelayan Gombak menawarkan pakej yang mampu milik dan ekslusif untuk majlis perkahwinan, majlis korporat dan menu yang istimewa untuk hidangan di Restoran …

Beroperasi di Jalan Gombak Batu 8 ¾ Gombak. Pengurusan Baru Restoran Nelayan Gombak sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke Restoran kami dan juga yang menggunakan Dewan Qaseh untuk majlis perkahwinan, korporat dan apa jua majlis

“ Kepuasan Anda Keutamaan Kami” adalah moto pengurusan yang baru didalam merealisasikan impian setiap pelanggan didalam menjayakan majlis dan acara di Restoran Nelayan Gombak atau Dewan Qaseh agar menjadi kenangan yang terindah .

Dahulunya Restoran Nelayan Titwangsa @ Gombak adalah pemilik yang menguruskan Restoran Nelayan Titiwangsa di Kuala Lumpur … dikenali sebagai “ Lagenda Stemboat di Kuala Lumpur” yang mengusahakan Restoran Terapung pertama di Malaysia

Telah berpindah di Batu 8 ¾ Gombak pada tahun 2011 dan diberi nama baru iaitu Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak . Setelah beroperasi selama tahun kini Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak dikendalikan oleh Syarikat Pengurusan yang baru yang bermula pada bulan June 2016

Dengan Pengalaman Syarikat Pengurusan yang baru selama lebih 10 tahun didalam bidang penyediaan makanan dan katering, Matlamat kami adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan pada harga yang berpatutan

Keistimewaan menu kami adalah masakan untuk majlis Perkahwinan dimana Resipi Briyani Dam Pak Mat Dewa (dari Kg Melayu Majidee) dan Briyani Gam Pak Uda (dari Muar) menjadi hidangan utama kami .

Didalam hidangan untuk Restoran pula kami masih mengekalkan konsep buffet Steamboat tetapi diberi penambahbaikan dengan menu tambahan iaitu Steamboat & Grill dan juga masakan ikan bakar dan ala-carte pasti akan memberikan lebih kepuasan kepada para pelanggan .